Malaysia

Pandu Ferrari seperti samseng, pengasas Stoned & Co minta maaf  kerana gagal kawal emosi

Pengasas jenama streetwear Stoned & Co tampil memohon maaf susulan penularan rakaman dashcam yang memaparkan dirinya bersikap agresif terhadap seorang pemandu lain, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Insiden itu melibatkan pemandu Ferrari yang didakwa membuli jalanan dan bertindak mengikut emosi.

Individu berkenaan mengakui kesilapan pertimbangan, menegaskan kejadian itu tiada kaitan dengan jenama Stoned & Co serta bukan gimik publisiti.

Dia turut memaklumkan telah menghubungi pemandu terlibat untuk memohon maaf secara peribadi dan menawarkan membaiki atau membayar ganti rugi kerosakan kenderaan.

Dalam perkembangan sama, pihak pengurusan Stoned & Co menegaskan insiden tersebut tidak mencerminkan nilai, budaya kerja dan piawaian profesional jenama itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker