Malaysia

Pandu meluru punca lelaki gaduh guna kayu di Lebuhraya PLUS, polis kenal pasti suspek

Polis memburu seorang lelaki yang disyaki memukul pemandu lori menggunakan kayu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran RNR Dengkil, selepas rakaman insiden itu tular di media sosial.

Siasatan mendapati kejadian bermula apabila kenderaan suspek keluar dari susur jalan secara meluru sehingga menyebabkan lori di laluan sama membunyikan hon.

Ketika kesesakan berhampiran RNR Dengkil arah Utara, pemandu lori berkenaan keluar untuk bersemuka sebelum dipukul sekali di lengan kiri dengan kayu oleh suspek.

Selepas serangan itu, suspek beredar dengan kenderaannya. Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan, manakala polis menasihati supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker