Malaysia

PDRM terima RM7.2 juta bayaran saman menjelang terakhir diskaun

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur merekodkan kutipan bayaran saman kira-kira RM7.2 juta sejak 1 November hingga semalam, melibatkan hampir 105,000 saman yang berjaya dijelaskan.

Kutipan meningkat ketara dalam beberapa hari terakhir tawaran diskaun 50 peratus, dengan ribuan orang hadir setiap hari bagi menyelesaikan saman tertunggak sebelum tempoh tawaran tamat.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) turut sesak apabila orang ramai berpusu-pusu hadir pada hari terakhir diskaun saman 50 peratus hari ini.

Tawaran diskaun yang berlangsung dari 1 November hingga 30 Disember itu dilihat sebagai usaha terakhir mengurangkan tunggakan saman trafik, yang dianggarkan mencecah RM6.6 bilion.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker