Malaysia
Pegawai bank rugi RM241,000 akibat tertipu beli Hilux melalui atas talian

Seorang pegawai bank berusia 52 tahun menjadi mangsa penipuan urus niaga dalam talian apabila kerugian lebih RM241,000 ketika cuba membeli Toyota Hilux terpakai.
Walaupun berpengalaman dalam bidang kewangan, mangsa tetap terpedaya dengan iklan palsu di Facebook yang kononnya daripada sebuah syarikat jual beli kenderaan.
Mangsa berurusan dengan suspek melalui pautan yang diberikan dan menyerahkan maklumat peribadi sebelum membuat 40 transaksi ke 18 akaun bank berbeza antara 9 hingga 21 Julai.
Dia hanya menyedari ditipu apabila diminta membayar tambahan RM31,000 kononnya untuk urusan kastam.




