Malaysia

Pelajar 19 tahun, pembeli pertama iPhone 17 bernilai RM6,000 di Apple Store TRX

Sudah menjadi acara tahunan bagi hari pertama penjualan iPhone, setiap Apple Store pasti akan dihadiri ‘penunggu’ yang sanggup bermalam di depan pintu kedai.

Tahun ini, seorang pelajar universiti awam, Danial Arif Abdul Halim menjadi pembeli pertama selepas mendahului barisan sejak jam 3 pagi tadi.

Tujuannya adalah untuk membeli salah satu keluaran model Iphone iaitu iPhone 17 Pro Max berwarna oren, sebagai naik taraf daripada iPhone 13 Pro Max.

Tidak keseorangan, dia ditemani rakan baiknya, Mugilan A/L Vijaya Rajah, yang juga berusia 19 tahun dan merupakan pelajar universiti UNITAR yang menjadi pembeli kedua.

Model baharu keluaran Apple ini dilancarkan serentak dengan pasaran Amerika Syarikat, dengan tempahan awal dibuka pada 12 September dan jualan rasmi bermula hari ini.

Pembeli ‘walk in’ yang pertama pula adalah seorang lelaki yang terbang dari Bangladesh demi memiliki iPhone 17.

Harga bagi siri iPhone 17 bermula RM3,999 (256GB) hingga RM4,999 (512GB), manakala iPhone 17 Pro berharga dari RM5,499 hingga RM7,499.

Versi paling premium, iPhone 17 Pro Max, ditawarkan pada harga RM5,999 (256GB) hingga RM9,999 (2TB).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker