Malaysia

Pelajar kolej mati tergantung dalam rumah keluarga

Seorang pelajar wanita kolej dipercayai dibunuh ditemui tergantung pada kipas siling di ruang tamu rumah keluarganya di USJ 2/1, Khamis lalu.

Mangsa berusia lingkungan 20-an itu dijumpai bapanya kira-kira jam 11.55 pagi sebelum polis mengesahkan kematiannya di lokasi.

Bedah siasat di Hospital Serdang mendapati punca kematian akibat pendarahan di bahagian leher yang konsisten dengan kesan cekikan.

Ketika kejadian, mangsa berada seorang diri di rumah yang didiami bersama kakak dan sepupunya. Tiada kehilangan harta benda dilaporkan.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker