Malaysia
Pemandu e-panggilan didenda RM4,000, mohon maaf kepada umat Islam

Seorang pemandu e-panggilan, P Mahendra Boopathy, 53, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran media sosial yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Nurul Saqinah Rosli turut menetapkan hukuman penjara tujuh bulan jika denda gagal dibayar.
Kesalahan itu melibatkan hantaran video di Facebook berkaitan sebuah masjid di Seremban pada 27 Februari lalu, dan didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon denda ringan atas faktor kewangan serta tanggungan keluarga, selain memohon maaf kepada umat Islam atas tindakannya.



