Malaysia

Pemandu jentera pengorek ditemukan mati tertimbus dalam runtuhan bantu di Ulu Gali

Seorang pemandu jentera pengorek yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub akhirnya ditemukan meninggal dunia pada Selasa.

Mangsa, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.15 petang pada kedalaman lima meter dan jarak kira-kira 12 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Operasi SAR hari keempat bermula sejak pagi dengan melibatkan hampir 70 anggota daripada pelbagai agensi termasuk bomba, polis, APM serta pekerja kuari, selain bantuan anjing pengesan. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Insiden berlaku pada Sabtu lalu ketika mangsa sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu.

Dia dipercayai sempat keluar daripada jentera, namun tertimbus sejurus selepas itu, manakala tiga pekerja warga asing turut cedera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker