Malaysia
Pemandu lori cedera parah ditembak di Kapar

Polis mengesahkan kejadian tembak-menembak berlaku di Taman Sri Kapar, Klang, pagi tadi, membabitkan seorang individu dipercayai cedera parah dan dua suspek turut cedera.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi.
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menyaksikan kejadian kemudian merempuh motosikal suspek, menyebabkan mereka cedera.
Pasukan forensik dan pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan di lokasi.
Identiti suspek dan motif kejadian belum dapat disahkan. Kes itu sebelum ini tular di media sosial menerusi video menunjukkan seorang lelaki terbaring di tempat kejadian.




