Malaysia

Pemandu lori cedera parah ditetak dua lelaki di Batu Caves

Seorang pemandu lori berusia 28 tahun cedera di lengan kiri selepas diserang dua lelaki tidak dikenali di Taman Sri Murni, Batu Caves, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian berhampiran Blok 58 flat kawasan itu, suspek yang menaiki motosikal tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum menetak lengan kirinya empat kali menggunakan parang, kemudian terus melarikan diri.

Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali penyerang, tidak mempunyai musuh dan tiada hutang dengan mana-mana pihak.

Mangsa kini dirawat di Hospital Selayang, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker