Harimau dirempuh kereta pandu 90 km/j, Perhilitan beri amaran risiko haiwan lebih agresif

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggesa penduduk berhampiran Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, supaya berwaspada susulan insiden seekor harimau dipercayai dilanggar kenderaan dan mengalami kecederaan malam tadi.
Penduduk dan pengguna jalan raya diminta lebih berjaga-jaga dan tidak berada di kawasan kejadian pada waktu gelap kerana harimau yang cedera mungkin bertindak agresif.
Perhilitan akan memasang kamera perangkap dan perangkap fizikal bagi menentukan sama ada harimau itu perlu ditangkap atau dihalau kembali ke hutan.
Jika rakaman menunjukkan kecederaan serius, operasi menangkap akan diteruskan dan sekiranya tidak serius, operasi akan dihentikan.
Terdahulu, tular rakaman dashcam di media sosial memaparkan harimau dilanggar sebuah kereta yang memandu pada kadar kelajuan 90 kilometer sejam.
Harimau Malaya yang dilihat cuba menyeberangi jalan pada 7.33 malam itu itu tercampak sebelum bangun dan kembali menuju ke hutan.



