Malaysia
Pembantu rumah tukar watak waktu malam jadi GRO

Seramai 12 wanita warga asing diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Seberang Jaya, awal pagi tadi.
Mereka dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) secara haram, termasuk seorang yang memiliki pas sah sebagai pembantu rumah.
Ada antara mereka bekerja di kilang pada siang hari dan ‘beralih watak’ melayan pelanggan pada waktu malam, dengan bayaran mencecah RM250 sejam.
Mereka terdiri daripada tujuh warga Thailand, tiga dari Indonesia dan dua dari Vietnam berumur antara 20 hingga 35 tahun.
Kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen kerana melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa. Mereka kini ditahan untuk tindakan lanjut di Depoh Tahanan Jawi.




