Malaysia
Pemeriksaan Kastam KLIA T1 disatukan mulai 1 Jan, lebih jimat masa dan kurang sesak

Mulai 1 Januari, pemeriksaan Jabatan Kastam terhadap penumpang yang keluar dari Malaysia di KLIA Terminal 1 akan disatukan di pintu pelepasan.
Ketika ini, pemeriksaan dibuat selepas imigresen menggunakan mesin pengimbas, yang sering menyebabkan kesesakan terutama pada waktu puncak.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan penyusunan semula ini bertujuan melancarkan pergerakan penumpang, mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di zon berlepas sebelum menaiki pesawat.
Langkah ini tidak menjejaskan keselamatan atau penguatkuasaan kastam, sebaliknya memperkemas operasi dan meningkatkan pengalaman penumpang di KLIA T1.



