Malaysia

Penganjuran program ‘Glamping With Pride’ akan dikenakan tindakan – JAKIM

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran peraturan berhubung penganjuran program ‘Glamping With Pride’ oleh sebuah NGO.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius program yang didakwa menormalisasikan perlakuan seks songsang kerana bercanggah dengan ajaran Islam, nilai budaya serta perundangan negara, termasuk peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Kanun Keseksaan.

Isu ini berada di bawah pemantauan Jakim bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis, dengan tindakan tegas akan diambil jika didapati menjejaskan ketenteraman awam atau melanggar undang-undang.

Dalam masa sama, Jakim akan meneruskan usaha pendidikan dan pencegahan bagi mengelakkan masyarakat, khususnya umat Islam, daripada terpengaruh dengan normalisasi perlakuan yang bercanggah nilai agama dan moral.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker