Malaysia

Pengarah syarikat ditahan, disyaki ‘suap’ bekas COO Tabung Haji

Seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM300,000 kepada bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji.

Suspek dipercayai memberi rasuah dalam bentuk kerja-kerja pengubahsuaian sebagai balasan untuk mendapatkan beberapa kontrak daripada Tabung Haji.
Dia ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut SPRM, kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana disyaki memberi suapan. Permohonan reman terhadap suspek turut dijangka dibuat bagi membantu siasatan.

SPRM memaklumkan siasatan masih diteruskan, termasuk mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang terbabit dalam kes berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker