Bukan sekadar pertahanan, Jepun lihat tentera sebagai pemacu ekonomi

Kerajaan Jepun berkata peningkatan perbelanjaan pertahanan bukan sahaja untuk keselamatan negara, malah boleh membantu pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan teknologi, peluang pekerjaan dan sokongan kepada industri tempatan.
Dalam laporan pertahanan hari ini, Tokyo menyatakan pelaburan dalam sektor seperti kecerdasan buatan, dron dan teknologi ketenteraan mampu memberi manfaat kepada ekonomi negara.
Langkah itu dibuat ketika Jepun memperkukuh pertahanan susulan kebimbangan terhadap ancaman serantau daripada China, Rusia dan Korea Utara. Jepun menyasarkan perbelanjaan pertahanan meningkat kepada dua peratus daripada KDNK.
Namun, rancangan itu berdepan cabaran kerana Jepun perlu menanggung kos ketenteraan yang lebih tinggi ketika negara itu masih mempunyai hutang awam yang besar.




