Malaysia

Pengawal keselamatan liwat kucing dipenjara 3 bulan

Seorang pengawal keselamatan warga asing yang sebelum ini dikaitkan dengan perbuatan mendera kucing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas dua kesalahan iaitu berpakaian separuh bogel dan memasuki negara tanpa dokumen sah.

Tertuduh, Arman Shah, 33, dijatuhi hukuman tiga bulan penjara bagi kesalahan imigresen dan tambahan sebulan lagi atas kesalahan mengganggu kesantunan di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning pada 15 November lalu.

Selain itu, di Mahkamah Sesyen, Arman turut mengaku bersalah atas tuduhan mendera seekor kucing di lokasi yang sama.

Kes itu akan disambung untuk fakta dan hukuman pada 8 Disember mengikut pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker