Malaysia

Pensyarah UM didakwa amal gaya hidup Freemason?

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan kumpulan Freemason.

UM memaklumkan siasatan dijalankan bagi meneliti perkara berkenaan secara menyeluruh, adil dan telus berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

Universiti itu menegaskan komitmen untuk menangani isu berkenaan secara profesional dan beretika, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Dakwaan tersebut mula tersebar semalam, termasuk melibatkan isteri pensyarah berkenaan serta gaya hidup pasangan itu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

UM turut meminta orang ramai memberi ruang kepada proses siasatan dan tidak membuat spekulasi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker