Malaysia

PERNAS anjur ‘Media Rush’ eratkan hubungan pengamal media, usahawan

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) terus memperkukuh komitmennya dalam memacu pembangunan industri francais negara melalui inisiatif strategik.

Terbaharu, syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan itu menganjurkan program ‘Media Rush by Pernas 2025’ di Wangsa Walk Mall pada Sabtu.

Menerusi kenyataan media, inisiatif treasure hunt yang disertai oleh hampir 50 peserta termasuk wakil media dan kakitangan PERNAS itu merupakan tanda penghargaan kepada wakil media atas sokongan berterusan mereka.

Bukan sekadar aktiviti santai, sebaliknya ia menjadi platform penting untuk menonjolkan nilai kerjasama serta mempereratkan jalinan hubungan antara PERNAS dan rakan-rakan media.

Antara media yang turut serta termasuklah nama-nama besar seperti Media Prima, RTM, Vanakkam Malaysia, IKIM FM, Sinar Harian, Malaysian Gazette, Nanyang Siang Pau dan lain-lain.

Jelas kenyataan itu lagi, media memainkan peranan kritikal bukan sahaja dalam menyebarkan maklumat mengenai keusahawanan dan francais, malahan, media turut menyokong usahawan francais binaan PERNAS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker