Malaysia
PETRONAS nafi keras dakwaan penaja utama Liga Bangladesh

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menafikan dakwaan menjadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh susulan hantaran tular di media sosial.
Syarikat itu menegaskan tiada sebarang perjanjian penajaan ditandatangani dan penggunaan nama atau jenama PETRONAS dalam liga tersebut tidak pernah dibenarkan.
Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai dan memastikan ketelusan dalam segala aktiviti penajaan melibatkan syarikat berkenaan.




