Malaysia
Banjir di enam negeri semakin memburuk, lebih 10,000 terjejas

Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 10,750 orang melibatkan lapan negeri setakat 6 pagi.
Kelantan paling terjejas dengan lebih 8,000 mangsa di 33 PPS, diikuti Perak hampir 1,000 mangsa di 16 PPS.
Terengganu merekodkan ratusan pemindahan di Besut, manakala Kedah dan Perlis turut memindahkan ratusan penduduk ekoran limpahan sungai.
Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak juga melaporkan pemindahan di beberapa PPS masing-masing.
Pihak berkuasa terus memantau cuaca serta paras air sungai dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada serta mematuhi arahan keselamatan.




