Dunia
Phuket keluarkan amaran banjir kilat, tanah runtuh sehingga 16 Disember

Phuket mengeluarkan amaran banjir kilat dan tanah runtuh susulan ramalan hujan lebat berterusan di selatan Thailand dari 11 hingga 16 Disember.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) memaklumkan semua agensi di Phuket telah diarahkan berada dalam kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi risiko banjir, banjir kilat, tanah runtuh serta ombak kuat di pesisir pantai.
Penduduk diminta mengikuti perkembangan semasa, mematuhi arahan keselamatan, mengelak risiko elektrik ketika banjir serta menghormati larangan mandi laut ketika keadaan berbahaya.




