Malaysia

PM tegas kerajaan bantu semua golongan miskin, bukan berasaskan kaum

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pendekatan bantuan berdasarkan kaum, sebaliknya memberi tumpuan kepada semua golongan miskin tegar tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata sejak awal, beliau tidak bersetuju dengan pendekatan politik yang menilai dasar kerajaan melalui lensa perkauman, namun tekanan dan persepsi politik memaksa kerajaan menjelaskan butiran tertentu bagi mengelak salah faham.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menolak dakwaan kononnya kerajaan mengabaikan kaum tertentu, sambil menjelaskan bahawa inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menyalurkan lebih RM1 bilion kepada masyarakat India.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker