Malaysia

Polis siasat lelaki didakwa bertindak agresif terhadap bekas isteri, anak cedera

Polis menyiasat seorang lelaki tempatan yang didakwa bertindak agresif terhadap bekas isterinya hingga menyebabkan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun cedera dalam kejadian di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang, malam semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan menerima laporan pada jam 10.33 pagi hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 11.47 malam ketika suspek menghantar anak kepada pengadu, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan nafkah.

Dalam kejadian itu, suspek disyaki mencederakan bekas isterinya serta menolak anak mereka hingga terjatuh dan mengalami kecederaan di lutut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dan menyalurkannya kepada IPD Gombak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker