Malaysia
Porsche terbabas selepas pemandu cuba ambil telefon bimbit terjatuh

Seorang peniaga terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya terbabas di Jalan Sungai Rambai, Kuala Langat, petang semalam selepas cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh ketika memandu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata, kejadian itu melibatkan sebuah Porsche Panamera dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.
Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam ke Jenjarom sebelum hilang kawalan ke kiri, terbabas melepasi parit dan terhenti di atas tebing.
Pemandu tidak mengalami kecederaan dan memiliki lesen memandu yang sah. Polis masih menjalankan siasatan lanjut.




