Lelaki pukul sekumpulan pelajar madrasah ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang disyaki terbabit dalam kes penderaan kanak-kanak dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata, susulan penularan rakaman video di media sosial.
Video berkenaan memaparkan sekumpulan remaja, dipercayai pelajar sebuah madrasah, dipukul di sebuah premis di Kota Kinabalu.
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 11.55 malam tadi.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan peranan individu terlibat berdasarkan rakaman yang tular.
Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi semua pihak, selain tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.




