Malaysia
Hentikan sistem kontrak kesihatan, jangan abaikan ahli farmasi dan doktor gigi – Lingeshwaran

Kerajaan digesa menghentikan sistem kontrak dalam sektor kesihatan dan menjamin kerjaya semua petugas kesihatan, termasuk doktor, ahli farmasi dan doktor gigi.
Ahli Dewan Negara, Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam, berkata pengumuman pelantikan tetap lebih 9,000 doktor kontrak pada 2027 adalah langkah positif, namun peluang itu perlu diperluas kepada petugas kesihatan lain.
Beliau turut mendakwa kekurangan tenaga kerja menyebabkan lebih 200 katil hospital di Pulau Pinang tidak dapat beroperasi, selain pesakit terpaksa menunggu lama di Jabatan Kecemasan.
Beliau menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan menangani isu itu menerusi Belanjawan 2027 serta memastikan kebajikan petugas kesihatan diberi perhatian.




