Malaysia

Pukul rakan sekelas beramai-ramai, empat pelajar tingkatan 1 ditahan polis

Empat pelajar lelaki berusia 13 tahun ditahan selepas dipercayai memukul rakan sekelas mereka di sebuah pusat beli-belah di Kajang, Rabu lalu.

Insiden yang dirakam dan kini tular di media sosial itu dilapor berlaku kira-kira jam 11 pagi, dipercayai berpunca daripada konflik peribadi dalam kalangan pelajar terlibat.

Mangsa dilaporkan ditumbuk dan ditampar oleh dua pelajar, manakala dua lagi merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit. Rakaman itu kemudian tersebar luas di media sosial, mencetuskan reaksi orang ramai.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di muka telah menerima rawatan di hospital.

Keempat-empat pelajar ditahan sehari selepas kejadian dan kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Polis memberi amaran tegas bahawa sebarang tindakan jenayah melibatkan pelajar tidak akan dikompromi dan menasihatkan ibu bapa serta pelajar untuk lebih peka terhadap pergaulan serta tingkah laku yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker