Malaysia
Rasuah: Tan Sri Isa Samad dipenjara 6 tahun bermula hari ini

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta-merta bermula hari ini dan denda RM15.45 juta
Ia selepas disabitkan atas sembilan kesalahan rasuah berjumlah RM3.09 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas membenarkan rayuan akhir pihak pendakwaan.




