Remaja 16 tahun dari Kota Kinabalu hilang sejak 1 November lepas

Polis Daerah Kota Kinabalu merayu bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang lebih sebulan lalu, sejak 1 November lepas.
Wiwi Addilla Abdullah, 16 tahun yang berbangsa Bajau, dilaporkan tinggal di Segama Kompleks, Kota Kinabalu selepas dipercayai keluar dari bilik sewa sekitar jam 3 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa.
Pihak keluarga turut mengesyaki Wiwi mungkin bersama teman lelakinya dikenali sebagai Adrian. Namun segala usaha mencari setakat ini belum berhasil.
Wiwi yang berbadan sederhana, berkulit cerah, bermata hitam, berbulu kening tebal, berambut hitam pendek paras bahu dan mempunyai bibir tebal.
Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja ini agar segera menghubungi IPD Kota Kinabalu di 088-529222, atau mana-mana balai polis berhampiran.




