MalaysiaSukan

Ribuan sertai Himpunan Sumud Flotilla di KL, berarak ke Kedutaan AS 

Ribuan peserta berhimpun di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini dalam Himpunan Sumud Flotilla #Stand4Sumud sebagai solidariti terhadap misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disekat Israel.

Orang ramai mula berkumpul sejak tengah hari dengan membawa plakad, bendera serta gambar sukarelawan Malaysia yang menyertai misi berkenaan.

Suasana dipenuhi laungan sokongan kepada Palestin dan kecaman terhadap Israel sebelum perarakan bermula menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sekitar jam 4 petang.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyeru masyarakat antarabangsa menekan rejim Zionis menghentikan serangan terhadap kapal flotilla yang berlayar ke Gaza untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Polis turut mengawal keadaan bagi memastikan himpunan berlangsung aman. Namun, dua peserta dilaporkan ditahan selepas mengadakan protes duduk bantah dan menutup Jalan Tun Razak hampir lima minit berhampiran Kedutaan AS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker