Malaysia
Rizalman dikritik kait isu mahram dengan misi GSF

Pereka fesyen Rizalman Ibrahim dikecam selepas mengaitkan soal mahram dengan penyertaan aktivis Zizi Kirana dan PU Rahmat dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Hantaran di Instagram beliau mencetuskan kemarahan warganet yang menilai kenyataan itu tidak wajar, terutama ketika aktivis kemanusiaan berdepan risiko ditahan Israel.
Netizen menyifatkan kenyataan tersebut meremehkan pengorbanan sukarelawan yang berjuang membawa isu Palestin ke peringkat antarabangsa.



