Malaysia
RM100 SARA dah masuk MyKad, kini boleh beli barang sejuk beku
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 mula dikreditkan ke MyKad hari ini dan boleh terus digunakan.
Kerajaan turut meluaskan kategori barangan yang boleh dibeli menerusi SARA dengan menambah makanan sejuk beku.
Ini menjadikan keseluruhan 15 kategori barangan keperluan asas layak dibeli, melibatkan kira-kira 140,000 jenis produk.
Inisiatif dengan peruntukan RM2.2 bilion itu memanfaatkan lebih 22 juta rakyat dewasa pemegang MyKad. Kredit RM100 ini diberikan secara one-off dan sah digunakan sehingga 31 Disember.
Menerusi pelaksanaan ini, isi rumah juga berpeluang menerima jumlah bantuan lebih tinggi bergantung kepada bilangan ahli dewasa yang layak.




