Malaysia

Sah! Tun Laila kini bergelar isteri

Peguam dan pempengaruh, Tun Laila, sah menjadi isteri kepada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Subang Bestari, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram Story beliau, majlis serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat.

Tun Laila menerima mas kahwin RM13,800, simbolik tarikh lahirnya, dengan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Untuk majlis pernikahan itu, Tun Laila tampil anggun dalam busana biru lembut, manakala tetamu mengenakan pakaian berwarna putih bagi menyerikan suasana.

Sebelum ini, Tun Laila mengikat tali pertunangan dengan Amir Haiqal dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada 10 Mei 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker