Dunia
Saintis temui planet mirip bumi, sedang kaji kemungkinan boleh dihuni

Saintis kini semakin hampir mengesahkan kewujudan atmosfera pada sebuah eksoplanet mirip Bumi, TRAPPIST-1e, yang terletak 40 tahun cahaya dari planet kita.
Planet ini berada dalam “zon boleh dihuni”, kawasan berpotensi mengekalkan air dalam bentuk cecair.
Data awal daripada Teleskop Angkasa James Webb (JWST) menunjukkan kemungkinan TRAPPIST-1e memiliki atmosfera, sekali gus membuka ruang pencarian kehidupan di luar sistem suria.
Setakat ini, atmosfera berasaskan hidrogen telah diketepikan, namun saintis tidak menolak wujudnya atmosfera sekunder seperti Bumi.
Pemerhatian lanjut sedang dijalankan untuk menentukan sama ada ia kaya nitrogen atau sekadar planet berbatu tanpa perlindungan.




