Malaysia

SALAM anjur program ulang tahun kelahiran ke-123 Tunku Abdul Rahman pada 8 Feb

Yayasan Salam Malaysia (SALAM) menganjurkan program bertemakan perpaduan sempena ulang tahun kelahiran ke-123 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 8 Februari di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra (MTARP), Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Program dengan kerjasama Memorial Tunku di bawah Arkib Negara dan Kementerian Perpaduan Negara itu menampilkan Unity Explorace dan forum kesejahteraan mental serta kecerdasan budaya.

Unity Explorace berbentuk pencarian harta karun secara berjalan kaki bermula seawal pagi, dengan soalan berasaskan pameran dalam dan luar memorial.

Pasukan diwajibkan terdiri daripada peserta pelbagai kaum bagi kategori pelajar dan dewasa untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian dengan lebih 400 peserta daripada pelbagai latar belakang dijangka mengambil bahagian.

Program ini menjadi inisiatif awal SALAM bagi tahun 2026 serta penghargaan terhadap legasi Tunku Abdul Rahman dalam memupuk muhibah, keharmonian dan keterangkuman negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker