Malaysia

Sebar berita palsu harga minyak, wanita didenda RM4,000

Seorang wanita dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas didapati bersalah menyebarkan berita palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel menerusi media sosial.

Tertuduh, Nur Irsalina Omar Kumar, didakwa memuat naik satu hantaran yang telah disunting sehingga menyerupai kandungan rasmi Buletin TV3 melalui akaun Threads miliknya, pada 31 Mac. Hantaran berkenaan mengandungi maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api yang kemudiannya mengelirukan orang ramai.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tindakan tersebut turut mencetuskan kegusaran awam terutama berkaitan isu kos sara hidup.

Dalam masa sama, MCMC menegaskan bahawa penyebaran maklumat palsu melibatkan isu kepentingan awam boleh memberi kesan negatif kepada kestabilan masyarakat. Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker