ABGC 2026 dilancar, Malaysia mahu jadi Hab Golf Korporat Asia

Elora Global secara rasmi melancarkan kejohanan sulung Asian Business Golf Championship (ABGC) 2026 yang dijangka menjadi platform utama golf korporat di rantau Asia.
Majlis pelancaran itu bakal disempurnakan oleh D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, sekali gus menyerlahkan kepentingan kejohanan tersebut dalam komuniti sukan dan perniagaan Asia.
Pelancaran rasmi akan berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club dengan kehadiran pemimpin korporat, penaja, media serta tetamu kehormat.
Selepas pelancaran, ABGC 2026 akan mengadakan tujuh pusingan kelayakan di beberapa lokasi utama sebelum kemuncaknya di Akhir Kebangsaan di The Els Club Teluk Datai, Langkawi pada 11 hingga 14 Oktober.
Dalam masa sama, Kueen Lai Group of Companies yang berpangkalan di Selangor diumumkan sebagai penaja utama kejohanan sulung ini bersama beberapa penaja utama lain.




