Malaysia

Selepas gesa letak jawatan, Trump jemput CEO Intel kelahiran Malaysia di White House

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Tan Lip-Bu, seorang eksekutif kelahiran Malaysia yang dibesarkan di Singapura, di White House pada Isnin.

Pertemuan itu berlangsung seminggu selepas Trump menggesa peletakan jawatan Tan susulan hubungan pelaburannya dengan firma teknologi China.

Tan dilaporkan telah melabur lebih AS$200 juta dalam ratusan syarikat pembuatan cip dan teknologi canggih di negara itu, termasuk yang dikaitkan dengan tentera.

Tan dijangka menjelaskan latar belakangnya serta mencadangkan kerjasama antara Intel dan kerajaan AS dalam keselamatan teknologi dan pengilangan cip.

Pertemuan ini dilihat penting untuk meredakan ketegangan antara Intel dan pentadbiran Trump di tengah persaingan sengit industri cip global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker