Sempena lawatan negara, Anwar terima kunjungan Presiden Singapura di Kuala Lumpur

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini sempena lawatan negara Presiden Singapura ke Malaysia yang berlangsung hingga 15 Julai.
Lawatan itu diadakan atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan merupakan kunjungan balas selepas baginda mengadakan lawatan negara ke Singapura pada 6 hingga 7 Mei 2024.
Sepanjang lawatan, Presiden Tharman dijadual menghadap Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menghadiri Majlis Santapan Negara serta mengadakan beberapa pertemuan rasmi dengan pemimpin kerajaan dan sektor ekonomi.
Beliau turut dijadual mengadakan program di Selangor, termasuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta bertemu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Singapura.




