Semua syarikat ‘musnah’ jika pelaburan AI menjunam – Sundar Pichai

Ketua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai memberi peringatan bahawa tiada syarikat, termasuk gergasi teknologi seperti Google, akan terselamat jika gelombang pelaburan kecerdasan buatan (AI) jatuh menjunam.
Ledakan nilai syarikat dan perbelanjaan besar dalam sektor itu kini menimbulkan kebimbangan kerana sebahagiannya dilihat tidak rasional.
Walaupun Alphabet mencatat kenaikan saham hampir 46 peratus tahun ini dan pelabur yakin dengan persaingannya terhadap OpenAI, semakin banyak persoalan timbul mengenai sama ada penilaian tinggi berkaitan AI boleh bertahan.
Keadaan ini turut mencetuskan amaran daripada penggubal dasar di AS dan UK berhubung risiko penilaian yang tidak mampan.
Alphabet sebelum ini mengumumkan pelaburan £5 bilion di UK dalam tempoh dua tahun bagi memperkukuh infrastruktur dan penyelidikan AI, termasuk pusat data baharu serta pengembangan makmal DeepMind di London.




