Malaysia

Shamsul Iskandar turut ditahan SPRM hari ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemimpin PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin, ketika beliau hadir di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya untuk membantu siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei.

Penahanan itu berlaku beberapa hari selepas Shamsul meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kanan Perdana Menteri.

Ia sebagai langkah yang diambil kerana bimbang kontroversi berhubung dirinya memberi kesan kepada imej kerajaan.

Sebelum ini, Tei mendakwa menanggung perbelanjaan mencecah RM629,000 bagi pihak Shamsul, termasuk ubah suai, perabot dan peralatan beberapa hartanah yang didakwa berkaitan dengan pemimpin PKR itu.

Ahli perniagaan itu juga berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang kononnya menunjukkan permintaan mata wang asing untuk kegunaan perjalanan luar negara.

Tei sendiri ditahan awal hari ini selepas SPRM melakukan serbuan di kediamannya di Puchong.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker