Malaysia

Siap sedia selesaikan e-Filing bermula 1 Mac, jangan tangguh – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai supaya mengemukakan e-Filing dan menjelaskan bayaran cukai sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan penalti serta tindakan penguatkuasaan.

Musim e-Filing bagi Tahun Taksiran 2025 bermula 1 Mac ini dan orang ramai digesa membuat persediaan awal termasuk menyediakan dokumen sokongan yang lengkap.

LHDN turut memberi amaran agar tidak melakukan pemalsuan atau penipuan dokumen kerana kesalahan itu boleh dikenakan penalti tinggi, selain berdepan tindakan seperti sekatan perjalanan.

Bagi Tahun Taksiran 2025, terdapat penambahbaikan pelepasan cukai termasuk pelepasan tambahan anak orang kurang upaya (OKU) yang dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker