Peguam Uqasha Senrose tarik diri, Kamal Adli minta netizen komen yang baik-baik sahaja

Kes perceraian pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi perhatian apabila peguam syarie yang mewakili Uqasha menarik diri atas isu profesionalisme dengan anak guam.
Perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syarie yang kemudian menangguhkan prosiding ke 19 November.
Pada prosiding terdahulu, mahkamah menetapkan hari ini bagi sebutan semula kes cerai pasangan itu selepas Kamal tidak hadir.
Dalam pada itu, Kamal yang hadir pada hari ini meminta orang ramai menghentikan komen negatif terhadap Uqasha yang kini berdepan tekanan hebat.
Beliau mengakui segala yang berlaku hingga perlu turun naik mahkamah berpunca daripada kesilapannya sendiri dan berharap mereka diberi ruang untuk memperbaiki keadaan rumah tangga masing-masing.




