Malaysia

SPRM rampas dan pulih lebih RM8.4 bilion setakat 30 November

Lebih RM8.4 bilion dirampas dan dipulihkan olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pelbagai tindakan penguatkuasaan awal tahun ini sehingga 30 November lalu.

Daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi berjumlah RM6.82 bilion, dengan RM6.26 bilion disita mengikut Akta AMLATFPUAA 2001 dan RM566.77 juta di bawah Akta SPRM 2009.

Selain itu, aset bernilai RM36.14 juta dibekukan, manakala RM7.49 juta lagi dilucuthakkan melalui pelbagai peruntukan undang-undang.

Tindakan kompaun menyumbang RM49.58 juta, manakala kaedah pemulihan aset lain merekodkan RM1.49 bilion.

Sektor swasta mencatat jumlah tangkapan tertinggi diikuti penjawat awam, orang awam, syarikat berkaitan kerajaan dan ahli politik, dengan majoriti melibatkan lelaki.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker