Malaysia

Tanggungjawab semua pihak tangani isu sosial remaja – Nancy Shukri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, menggesa semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan berganding bahu menangani isu sosial melibatkan remaja susulan dua tragedi membabitkan golongan itu baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak boleh dianggap kes terpencil kerana ia mencerminkan cabaran nilai dan tekanan sosial yang dihadapi generasi muda sama ada di rumah, sekolah atau dunia digital tanpa sempadan.

Beliau menegaskan KPWKM percaya keluarga dan sekolah perlu menjadi benteng utama membentuk nilai anak-anak. Justeru, kementerian akan terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi cabaran semasa.

Nancy turut menekankan bahawa usaha ini tidak boleh digerakkan oleh kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak dalam memperkukuh dasar dan program sambil menyokong institusi keluarga dan komuniti melalui pendekatan lebih berperikemanusiaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker