Malaysia

Tentera maut nahas trak di Terowong Menora selamat dikebumikan

Anggota tentera yang maut selepas trak dinaiki bersama enam rakan sepasukan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora semalam, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kedah.

Mangsa, Ruzaimi Md Shariff, diberikan penghormatan mengikut istiadat ketenteraan sebelum jenazah dibawa menaiki van jenazah dari Hospital Kuala Kangsar selepas selesai proses bedah siasat, dimandi, dikafan dan disolatkan.

Dalam kejadian jam 4.59 petang itu, trak membawa tujuh anggota terhumban ke gaung menyebabkan seorang maut dan seorang cedera parah, manakala lima lagi terselamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker