Malaysia

Tesla Model 3 Standard dijual RM147,600, model termurah jarak sehingga 534km

Tesla Model 3 Standard kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM147,600, menjadikannya model Tesla baharu paling mampu milik setakat ini.

Dengan pengenalan varian Standard, model RWD, Long Range RWD dan Long Range AWD kini diletakkan di bawah rangkaian Tesla Model 3 Premium, manakala Model 3 Performance kekal sebagai varian paling berprestasi tinggi.

Dari segi prestasi, Model 3 Standard RWD menawarkan jarak pemanduan WLTP sehingga 534 kilometer, sedikit lebih jauh berbanding Premium RWD pada 520 kilometer, dengan pecutan 0–100 km/j dalam 6.2 saat.

Dari luaran, Model 3 Standard tampil dengan rim 18 inci rekaan Prismata dan tiada pilihan naik taraf ke rim 19 inci.

Warna standard adalah Stealth Grey, manakala pilihan Pearl White atau Diamond Black ditawarkan dengan bayaran tambahan RM5,000.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker