Dunia

Thailand tolak adakan rundingan dengan Kemboja

Thailand menolak permintaan Kemboja untuk mengadakan rundingan dua hala di negara berkecuali dan bertegas rundingan syarat gencatan senjata diteruskan di Chanthaburi seperti dijadualkan bermula hari ini.

Bangkok memberi jaminan keselamatan sepanjang rundingan yang dirancang berlangsung sehingga Sabtu, namun kehadiran Kemboja masih belum disahkan.

Sementara itu, kerajaan Kemboja memaklumkan belum menerima maklumat terkini mengenai lokasi rundingan.

Semalam, Kemboja mencadangkan Kuala Lumpur sebagai lokasi alternatif atas faktor keselamatan.

Konflik sempadan yang kembali memuncak bulan ini mengorbankan lebih 40 nyawa dan memaksa lebih 900,000 penduduk berpindah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker