DuniaSukan

Tiada lagi Salah dalam Liverpool

Bintang Mohamed Salah mengesahkan akan meninggalkan Liverpool FC pada penghujung musim ini, menamatkan sembilan tahun bersama kelab itu.

Keputusan dibuat secara persetujuan bersama, lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya berakhir tahun depan.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menjaringkan lebih 250 gol sepanjang bersama Liverpool, namun mengakui keputusan berpisah bukan mudah.

Prestasinya musim ini merosot dan beliau beberapa kali tidak diturunkan, selain timbul dakwaan hubungannya dengan pengurus Arne Slot turut dilaporkan tegang.

Namun setakat ini, hala tuju perancangan beliau masih belum diumumkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker